WOW!3,000 jutawan hasil jualan langsung di Malaysia.

Saturday, November 28, 2009

Mari Kita bertindak


Seorang bos berkata " Bertindak "

Seorang pemimpin berkata

" Mari Kita bertindak "

1.Seorang bos mencipta ketakutan di kalangan kaki-tangannya.

Seorang pemimpin membangunkan keyakinan.

2. Seorang bos menggunakan:" saya ".
Seorang pemimpin menggunakan:" Kita ".

3. Seorang bos tahu cara untuk melaksanakan suatu kerja.
Seorang pemimpin menunjukkan bagaimana membina sesuatu kerjaya.

4. Seorang bos memimpin melalui kuasa.
Seorang pemimpin memimpin melalui kerja sama.

5. Seorang bos menekan.
Seorang pemimpin memimpin.

6. Seorang bos menyalahkan seseorang.
Seorang pemimpin menyelesaikan permasalahan dan membaiki kesilapan.

7. Seorang bos boleh menyerakkan kemarahan.
Seorang pemimpin menyemarakan semangat.

8. Seorang bos menjadikan kerja itu membosankan.
Seorang pemimpin menjadikan kerja sesuatu yang menyeronokkan.

9. Seorang bos nampak masalah itu sesuatu yang akan menjatuhkan syarikat.
Seorang pemimpin pula nampak masalah sebagai peluang yang boleh diatasi oleh kumpulan yang bersatu dan menukarkannya kepada kemajuan.

Adakah anda hamya seorang bos,atau

adakah anda seorang pemimpin?